Wednesday 4 December 2013

ANUGERAH SKPK PERINGKAT KEBANGSAAN.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

2013 bakal melabuhkan tirai , Banyak kejayaan yang telah kita kecapi bersama . Sebagai persiapan bagi memacu kecemerlangan pada 2014 , guru dan PPM perlu membuat perancangan awal . Salah satu program yang disasarkan ialah Anugerah SKPK peringkat Kebangsaan . 

Pada Tahun ini Negeri Sembilan telah mengungguli satu anugerah SKPK di peringkat kebangsaan iaitu Dimensi Kualiti Interaksi. Anugerah ini disandang oleh Puan Rasidah Binti Mohd Abdul Rahman dari Prasekolah SK Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Kemenangan ini melayakkan Puan Rasidah memenangi hadiah berupa wang tunai berjumlah dua ribu ringgit, sijil dan sebuah plak iringan. Tahniah diucapkan kepada warga kerja Prasekolah SK Ampangan atas pencapaian cemerlang itu. Kejayaan itu juga diharap dapat memberi semangat kepada guru-guru prasekolah di Negeri Sembilan untuk turut sama mengecapi kejayaan dalam Anugerah SKPK pada masa akan datang.

Bagi tahun 2013, terdapat 5 kategori yang dipertandingkan iaitu:
  1. Dimensi Kualiti Tadbir Urus
  2. Dimensi Kualiti Kurikulum
  3. Dimensi Kualiti Interaksi
  4. Dimensi Kualiti Kesihatan, Pemakanan dan Kesihatan
  5. Johan Keseluruhan          
Berdasarkan pengalaman lalu, guru prasekolah atau kelas prasekolah  yang telah dicalonkan tidak mendapat gambaran penuh mengenai apa kriteria yang dinilai oleh pemantau dari pihak Nazir KPM. Oleh yang demikian di sini saya lampirkan Rubrik Penilaian Anugerah SKPK sebagai panduan guru untuk kecemerlangan Prasekolah N9 pada tahun hadapan. Adalah dicadangkan agar maklumat SKPK dikemaskini secara bersemuka antara pihak pentadbir , guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid ( PPM ) . Semoga dengan cara ini semua pihak mendapat maklumat sepenuhnya dan dalam pengetahuan  masing - masing seandainya ada pemantauan berlaku di prasekolah tuan / puan. 

SELAMAT MAJU JAYA. SEKIAN.

Sebagai panduan guru-guru prasekolah, sila muat turun maklumat penilaian SKPK:
RUBRIK ANUGERAH SKPK PERINGKAT KEBANGSAAN

Tuesday 26 November 2013

Program Murid Sihat Murid Selamat Prasekolah

Program Murid Sihat Murid Selamat prasekolah dapat mempertingkatkan pengurusan kendiri yang berkualiti selaras dengan perkembangan sahsiah murid dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial bagi melahirkan modal insan bertaraf dunia.
Program Murid Sihat Murid Selamat prasekolah menekankan amalan kebersihan, kesihatan dan keselamatan secara berkesan. Melalui program ini usaha mempertingkatkan pengurusan kesihatan dan keselamatan boleh dipupuk agar menjadi amalan sepanjang hayat murid prasekolah. Justeru itu adalah menjadi harapan agar modul ini dapat direalisasikan di semua kelas prasekolah secara menyeluruh dan bersepadu.

Modul ini mengandungi cadangan aktiviti sebagai panduan dan pelaksanaannya boleh diubahsuai mengikut lokasi dan keperluan. Cadangan aktiviti diharap dapat memberi peluang bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi dalam kalangan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial. Di samping membentuk keterampilan dan keperibadian murid yang unggul, ia juga dapat mewujudkan amalan budaya bersih, sihat dan selamat di sekolah serta persekitaran dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat.

klik  MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT

Wednesday 20 November 2013

Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia

            Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

 Pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.

           Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab untuk membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya, kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.

Majlis Perasmian Penutup Taklimat Program Profesionalisme Kecemerlangan Prasekolah JPN9.

Peserta Program bergambar kenangan bersama Tuan  Azmi Bin Basir Ketua Sektor Pengurusan Sekolah  dan pegawai- pegawai dari  Unit Prasekolah JPNS dan Pegawai PPD Prasekolah selepas tamat Majlis Penutup Taklimat Program Peningkatan Profesaionalisme Kecemelangan  

VISI DAN MISI KPM YANG BARU

PEMBERITAHUAN

11 November 2013
Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.7 / 2013 yang diadakan pada 27 September 2013 telah membuat pemilihan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang baru.

Visi dan misi KPM yang baru adalah seperti berikut:-
VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia

RASIONAL

Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)

Bahan Taklimat Prasekolah Di Institut Latihan Fama Port Dickson

Bahan Taklimat Prasekolah Di Institut Latihan Fama Port Dickson.
1. Pengurusan Aset Dan Inventori Prasekolah
2. Pengurusan Kewangan Prasekolah
3. Kurikulum Prasekolah
4. Penyelarasan Dokumen Prasekolah 2014
5.Taklimat / Ucapan Ketua Sekor

Untuk makluman guru dan PPM Prasekolah . Mulai 2014 Sekolah yang mempunyai 2 atau 3 kelas prasekolah perlu menempatkan dokumen tersebut di 1 kelas sahaja ( Kelas Penyelaras ) manakala Folio Murid mesti berada di dalam setiap kelas. Walaubagaimanapun setiap kelas perlu menyimpan salinan dokumen induk di setiap kelas masing - masing dan dimasukkan dalam satu fail yang dinamakan Dokumen Pengurusan.

Dokumen Pengurusan mengandungi salinan Dokumen Induk yang terdapat dibilik penyelaras Prasekolah. Contoh Pengisian Dokumen Pengurusan   ini adalah seperti :

1. Carta Organisasi -  Pengurusan , Waris dan kelas.
2. Perancangan Strategik
3. Jadual Waktu kelas
4. Rancangan Tahunan Prasekolah
5. Senarai Murid semasa.
6. Perancangan Takwim / Aktiviti & Carta Gantt
7. Anggaran Belanja Mengurus - PCG , BKP , BMP.
8. Salinan Pekeliling Pekeliling Perkhidmatan , Ikhtisas dan Kewangan
9. Pelan Kebakaran Sekolah
10. Senarai Aset di dalam kelas.

 ( Buat didalam satu fail yang mengandungi partition seperti diatas. Boleh juga dimasukkan dokumen lain yang dirasakan sesuai .)

Majlis Perasmian Penutup Program Peningkatan Profesioanalisme Kecemerlangan Prasekolah JPNS 2013

Alhamdulillah , Program yang telah dirangka sekian lama dapat juga dilangsungkan dengan jayanya dari 18 hingga 20 November 2013 bertempat di Institut Latihan Fama Port Dickson. Sekalung penghargaan kepada Ketua Unit Prasekolah JPNS En. Sezali Bin Mohamad Kamal yang telah merealisasikan program yang amat bermakna kepada warga prasekolah JPNS . Pengisian Program yang mantap ternyata amat bermakna buat guru baru  dalam meneruskan agenda kecemerlangan Prasekolah JPNS.  Dalam program ini juga Jurulatih Utama Pengurusan Prasekolah telah memainkan peranan yang penting dalam menyelaras Sistem Fail Prasekolah yang lebih sistematik. Selain itu Portal Rasmi Prasekolah ini juga telah berjaya dibangunkan oleh Jurulatih Utama yabg akan menjadi medan warga prasekolah N9 berkongsi idea selain mendapat info semasa  yang lebih tepat  mengenai aktiviti yang dijalankan di peringkat Negeri Sembilan dan Kebangsaan.  Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Azmi Bin Basir Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.  Terima kasih juga diucapkan kepada para penceramah :
  1. En. Fahamee dari Unit Kewangan-  (Tajuk: Pengurusan Aset Prasekolah)
  2. En. Azman Shah dari Unit Akaun JPNS- (Tajuk: Pengurusan Kewangan Prasekolah)
  3. Pn. Hjh Kasmah dari Unit Kurikulum- (Tajuk: Kurikulum Prasekolah)
  4. En. Ramli Bin Gaisun  dari PPD Jempol Jelebu- (Tajuk: Program Prasekolah JPN9)
Peserta Program Bergambar kenangan bersama
Tuan Azmi Bin Basir -Ketua Sektor Pengurusan Sekolah ,
pegawai -pegawai dari Unit Prasekolah JPNS dan Pegawai Prasekolah dari PPD .

Tuesday 19 November 2013

TAKLIMAT PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME KECEMERLANGAN PRASEKOLAH JPNNS DI BAWAH SUB NKRA PRASEKOLAH 2013




Tarikh: 18 hingga 20 November 2013 
Tempat : Institut Latihan Fama, Port Dickson
Peserta : Pegawai Penyelaras Prasekolah PPD, Jurulatih-jurulatih Utama, & Guru-guru Baru
               Prasekolah.