Wednesday 4 December 2013

ANUGERAH SKPK PERINGKAT KEBANGSAAN.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

2013 bakal melabuhkan tirai , Banyak kejayaan yang telah kita kecapi bersama . Sebagai persiapan bagi memacu kecemerlangan pada 2014 , guru dan PPM perlu membuat perancangan awal . Salah satu program yang disasarkan ialah Anugerah SKPK peringkat Kebangsaan . 

Pada Tahun ini Negeri Sembilan telah mengungguli satu anugerah SKPK di peringkat kebangsaan iaitu Dimensi Kualiti Interaksi. Anugerah ini disandang oleh Puan Rasidah Binti Mohd Abdul Rahman dari Prasekolah SK Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Kemenangan ini melayakkan Puan Rasidah memenangi hadiah berupa wang tunai berjumlah dua ribu ringgit, sijil dan sebuah plak iringan. Tahniah diucapkan kepada warga kerja Prasekolah SK Ampangan atas pencapaian cemerlang itu. Kejayaan itu juga diharap dapat memberi semangat kepada guru-guru prasekolah di Negeri Sembilan untuk turut sama mengecapi kejayaan dalam Anugerah SKPK pada masa akan datang.

Bagi tahun 2013, terdapat 5 kategori yang dipertandingkan iaitu:
  1. Dimensi Kualiti Tadbir Urus
  2. Dimensi Kualiti Kurikulum
  3. Dimensi Kualiti Interaksi
  4. Dimensi Kualiti Kesihatan, Pemakanan dan Kesihatan
  5. Johan Keseluruhan          
Berdasarkan pengalaman lalu, guru prasekolah atau kelas prasekolah  yang telah dicalonkan tidak mendapat gambaran penuh mengenai apa kriteria yang dinilai oleh pemantau dari pihak Nazir KPM. Oleh yang demikian di sini saya lampirkan Rubrik Penilaian Anugerah SKPK sebagai panduan guru untuk kecemerlangan Prasekolah N9 pada tahun hadapan. Adalah dicadangkan agar maklumat SKPK dikemaskini secara bersemuka antara pihak pentadbir , guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid ( PPM ) . Semoga dengan cara ini semua pihak mendapat maklumat sepenuhnya dan dalam pengetahuan  masing - masing seandainya ada pemantauan berlaku di prasekolah tuan / puan. 

SELAMAT MAJU JAYA. SEKIAN.

Sebagai panduan guru-guru prasekolah, sila muat turun maklumat penilaian SKPK:
RUBRIK ANUGERAH SKPK PERINGKAT KEBANGSAAN