Sunday 1 November 2015

PELAKSANAAN PENGGUNAAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN UNTUK MURID PRASEKOLAH

Sukacita dimaklumkan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan templet Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (IPPK) menggunakan program Microsoft Excel.

Semua guru prasekolah boleh memuatnaik templet tersebut bersama manual pengguna dan surat arahan pelaksanaan.

Sehubungan itu, semua guru prasekolah diwajibkan menggunakan templet tersebut untuk merekod data pentaksiran murid prasekolah.

Sekian, terima kasih.

TEMPLET IPPK

MANUAL PENGGUNA

SURAT PELAKSANAAN IPPK

Monday 12 October 2015

MAKLUMAN PELAKSANAAN SOAL SELIDIK BERKAITAN KECEKAPAN BAHASA INGGERIS GURU PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2015

Mohon kerjasama semua guru prasekolah untuk menjawab soal selidik tersebut secara online dilaman sesawang http://goo.gl/forms/kjnsyYpGI7 mulai 5 Oktober hingga 16 Oktober 2015.

Kepada sekolah yang masih belum menerima surat makluman, boleh muat turun seperti pautan di bawah.

Kerjasama tuan/puan amat dihargai.

Terima Kasih.

Surat Makluman


Monday 27 July 2015

SISTEM PENTAKSIRAN PRASEKOLAH (OFFLINE) NEGERI SEMBILAN TAHUN 2015

Salam sejahtera,

  1. Sukacita dimaklumkan Sistem Pentaksiran Prasekolah Negeri Sembilan secara Offline telah ditambahbaik dan dipermudahkan.
  2. Sehubungan itu, mohon kerjasama semua guru-guru prasekolah untuk memuat turun tapak sistem tersebut seperti pautan di bawah.
  3. Terdapat 2 format fail iaitu untuk Excel 2013 dan Excel 2003. Guru-guru boleh menggunakan mana-mana format yang sesuai dengan aplikasi Microsoft Office iaitu:
    • Microsoft Office 2003 dan ke bawah guna format Excel 2003
    • Microsoft Office 2007, 2010, 2013 dan ke atas guna format Excel 2013
  4. Setiap guru akan mengisi data pentaksiran mengikut kelas yang diajarnya sahaja.
  5. Guru-guru hanya perlu mengisi pada tab maklumat sekolah, PT1 4+ & 5+ sahaja. Tab yang lain adalah auto.
  6. Untuk makluman, semua sheet telah dikunci dan dilarang melakukan apa-apa modifikasi pada sistem kerana boleh mengganggu data-data pada sheet tersebut.
  7. Pada tunjang yang tidak diajar, contoh: Pendidikan Moral, biarkan kosong dan tidak perlu mengisi apa-apa skor.
  8. Data yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke PPD.
  9. Sebarang pertanyaan atau masalah boleh dirujuk kepada PPD atau terus pada En. Zakwan di talian 06-765 3191.
DOWNLOAD:

SISTEM PENTAKSIRAN PRASEKOLAH GURU N9 v2.0 2015_Excel2003

SISTEM PENTAKSIRAN PRASEKOLAH GURU N9 v2.0 2015_Excel2013


 

Monday 25 May 2015

REKOD PELAPORAN PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN MURID PRASEKOLAH 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kurikulum (Prasekolah) JPNS telah menyelaraskan penggunaan Rekod Pelaporan Perkembangan dan Kemajuan Murid Prasekolah untuk digunapakai oleh semua guru prasekolah di Negeri Sembilan.

Sehubungan dengan itu, semua guru diminta untuk memuat turun format rekod pelaporan pada pautan seperti di bawah.

Sekian, terima kasih.

 REKOD PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN MURID PRASEKOLAH



Tuesday 6 January 2015

Assalamualaikum dan Salam sejahtera , mohon guru-guru yang tidak dapat memasukkan maklumat murid dalam SMPK dapat mengisi format excel di bawah dan email semula ke smpkjpn9@gmail.com
klik
MAKLUMAT MURID TIDAK DAPAT MASUK SMPK

Saturday 3 January 2015

SURAT SIARAN UNTUK PANDUAN GURU DAN PPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..beberapa surat siaran yang telah diupload untuk panduan guru dan ppm prasekolah . Rujuk pada tab SURAT SIARAN 

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 9 TAHUN 2014: PROSEDUR DAN TATACARA PENGURUSAN BAGI PENYEDIAAN MAKANAN MURID PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SURAT SIARAN - MAKLUMAN BERHUBUNG SKIM PERLINDUNGAN INSURAN TAKAFUL MURID KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013