Monday 27 July 2015

SISTEM PENTAKSIRAN PRASEKOLAH (OFFLINE) NEGERI SEMBILAN TAHUN 2015

Salam sejahtera,

  1. Sukacita dimaklumkan Sistem Pentaksiran Prasekolah Negeri Sembilan secara Offline telah ditambahbaik dan dipermudahkan.
  2. Sehubungan itu, mohon kerjasama semua guru-guru prasekolah untuk memuat turun tapak sistem tersebut seperti pautan di bawah.
  3. Terdapat 2 format fail iaitu untuk Excel 2013 dan Excel 2003. Guru-guru boleh menggunakan mana-mana format yang sesuai dengan aplikasi Microsoft Office iaitu:
    • Microsoft Office 2003 dan ke bawah guna format Excel 2003
    • Microsoft Office 2007, 2010, 2013 dan ke atas guna format Excel 2013
  4. Setiap guru akan mengisi data pentaksiran mengikut kelas yang diajarnya sahaja.
  5. Guru-guru hanya perlu mengisi pada tab maklumat sekolah, PT1 4+ & 5+ sahaja. Tab yang lain adalah auto.
  6. Untuk makluman, semua sheet telah dikunci dan dilarang melakukan apa-apa modifikasi pada sistem kerana boleh mengganggu data-data pada sheet tersebut.
  7. Pada tunjang yang tidak diajar, contoh: Pendidikan Moral, biarkan kosong dan tidak perlu mengisi apa-apa skor.
  8. Data yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke PPD.
  9. Sebarang pertanyaan atau masalah boleh dirujuk kepada PPD atau terus pada En. Zakwan di talian 06-765 3191.
DOWNLOAD:

SISTEM PENTAKSIRAN PRASEKOLAH GURU N9 v2.0 2015_Excel2003

SISTEM PENTAKSIRAN PRASEKOLAH GURU N9 v2.0 2015_Excel2013