Mesyuarat tersebut telah diadakan
di Unit Prasekolah JPN Negeri Sembilan pada hari Jumaat, 10 Januari 2014
dengan dihadiri oleh Ketua Unit Prasekolah, En. Sezali Bin Mohd Kamal,
Pegawai-pegawai Prasekolah PPD, dan beberapa Jurulatih Utama Prasekolah.
Beberapa perkara penting telah diputuskan dalam mesyuarat tersebut. Antaranya pihak
Unit Pengurusan Prasekolah JPN Negeri Sembilan akan menyelaraskan sistem
pengurusan fail prasekolah di peringkat Negeri Sembilan. Setiap sekolah
akan dibekalkan 15 buah fail pengurusan yang seragam. Oleh itu,
sukacita dimaklumkan kepada semua guru-guru prasekolah agar menggunakan
dahulu dan kemaskini fail sedia ada di prasekolah masing-masing sehingga
dibekalkan dengan fail baharu. Taklimat mengenai penyelarasan sistem
fail kepada semua guru-guru prasekolah akan dijalankan secara
berperingkat di setiap daerah dalam waktu terdekat.
SELAMAT MAJU JAYA......