Salam sejahtera,
- Sukacita dimaklumkan Sistem Pentaksiran Prasekolah Negeri Sembilan secara Offline telah ditambahbaik dan dipermudahkan.
- Sehubungan itu, mohon kerjasama semua guru-guru prasekolah untuk memuat turun tapak sistem tersebut seperti pautan di bawah.
- Terdapat 2 format fail iaitu untuk Excel 2013 dan Excel 2003. Guru-guru boleh menggunakan mana-mana format yang sesuai dengan aplikasi Microsoft Office iaitu:
- Microsoft Office 2003 dan ke bawah guna format Excel 2003
- Microsoft Office 2007, 2010, 2013 dan ke atas guna format Excel 2013
- Setiap guru akan mengisi data pentaksiran mengikut kelas yang diajarnya sahaja.
- Guru-guru hanya perlu mengisi pada tab maklumat sekolah, PT1 4+ & 5+ sahaja. Tab yang lain adalah auto.
- Untuk makluman, semua sheet telah dikunci dan dilarang melakukan apa-apa modifikasi pada sistem kerana boleh mengganggu data-data pada sheet tersebut.
- Pada tunjang yang tidak diajar, contoh: Pendidikan Moral, biarkan kosong dan tidak perlu mengisi apa-apa skor.
- Data yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke PPD.
- Sebarang pertanyaan atau masalah boleh dirujuk kepada PPD atau terus pada En. Zakwan di talian 06-765 3191.
SISTEM PENTAKSIRAN PRASEKOLAH GURU N9 v2.0 2015_Excel2003
SISTEM PENTAKSIRAN PRASEKOLAH GURU N9 v2.0 2015_Excel2013