Tuesday 26 November 2013

Program Murid Sihat Murid Selamat Prasekolah

Program Murid Sihat Murid Selamat prasekolah dapat mempertingkatkan pengurusan kendiri yang berkualiti selaras dengan perkembangan sahsiah murid dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial bagi melahirkan modal insan bertaraf dunia.
Program Murid Sihat Murid Selamat prasekolah menekankan amalan kebersihan, kesihatan dan keselamatan secara berkesan. Melalui program ini usaha mempertingkatkan pengurusan kesihatan dan keselamatan boleh dipupuk agar menjadi amalan sepanjang hayat murid prasekolah. Justeru itu adalah menjadi harapan agar modul ini dapat direalisasikan di semua kelas prasekolah secara menyeluruh dan bersepadu.

Modul ini mengandungi cadangan aktiviti sebagai panduan dan pelaksanaannya boleh diubahsuai mengikut lokasi dan keperluan. Cadangan aktiviti diharap dapat memberi peluang bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi dalam kalangan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial. Di samping membentuk keterampilan dan keperibadian murid yang unggul, ia juga dapat mewujudkan amalan budaya bersih, sihat dan selamat di sekolah serta persekitaran dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat.

klik  MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT

No comments: