Monday 13 January 2014

MESYUARAT PENYELARASAN SISTEM FAIL PRASEKOLAH PERINGKAT JPN NEGERI SEMBILAN

Mesyuarat tersebut telah diadakan di Unit Prasekolah JPN Negeri Sembilan pada hari Jumaat, 10 Januari 2014 dengan dihadiri oleh Ketua Unit Prasekolah, En. Sezali Bin Mohd Kamal, Pegawai-pegawai Prasekolah PPD, dan beberapa Jurulatih Utama Prasekolah. Beberapa perkara penting telah  diputuskan dalam mesyuarat tersebut. Antaranya pihak Unit Pengurusan Prasekolah JPN Negeri Sembilan akan menyelaraskan sistem pengurusan fail prasekolah di peringkat Negeri Sembilan. Setiap sekolah akan dibekalkan 15 buah fail pengurusan yang seragam. Oleh itu, sukacita dimaklumkan kepada semua guru-guru prasekolah agar menggunakan dahulu dan kemaskini fail sedia ada di prasekolah masing-masing sehingga dibekalkan dengan fail baharu. Taklimat mengenai penyelarasan sistem fail kepada semua guru-guru prasekolah akan dijalankan secara berperingkat di setiap daerah dalam waktu terdekat.

SELAMAT MAJU JAYA......

No comments: